Thursday 28 June 2012

Nota Penilaian & Pentaksiran


PENILAIAN DAN REKOD
PERKEMBANGAN MURID

     KONSEP PENILAIAN:

   “… proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian.”

   “… proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.”
(Arthur et.al.; 1996)

  Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. 
  •    sebahagian daripada proses p & p 
  •   dijalankan secara berterusan & tidak formal
  •   bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan
      dan potensi untuk dipertingkatkan dan diberi
      pengukuhan 

    TUJUAN PENILAIAN
    i.  mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

    ii.  mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh;

    iii. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari
    semasa ke semasa;

    iv. mengesan keberkesanan pengajarannya;

    v.  merancang dan mengubah suai aktiviti pengajarannya;

    vi. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.



    PROSES PELAKSANAAN PENILAIAN

    MERANCANG

    Sebelum menilai murid, guru hendaklah merancang:
    i.  Murid yang hendak dinilai
    ii. Domain yang hendak diberi tumpuan
    iii. Kaedah pemerhatian yang sesuai
    iv. Cara merekod
    v. tempoh masa dan bila hendak dijalankan


    MEMBINA INDIKATOR

    Guru hendaklah mengambil kira hasil pembelajaran seperti dalam komponen-komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan


    MELAKSANAKAN PENILAIAN

    Penilaian Secara Pemerhatian :
    Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat.

    Kaedah Penilaian Melalui Pemerhatian :-
    • Pemerhatian tingkah laku
    • Pemerhatian perbualan atau interaksi
    • Hasil Kerja


      PEMERHATIAN TINGKAH LAKU

      Untuk menilai aspek berikut :-

      Sikap
      Amalan 
      Kemahiran sosial 
      Kemahiran manipulatif
      Kemahiran kinestetik


      PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN 
       PERBUALAN / INTERAKSI MURID 



      TUJUAN: untuk mendapatkan maklumat semasa berlakunya interaksi antara murid dengan guru; murid dengan murid; dan murid dengan bahan pembelajaran.

      Contoh:
      • Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru  
      • Perbualan atau interaksi antara murid dengan murid   
      • Interaksi murid dengan bahan   
      • Main peranan  
      • Bersoal jawab   
      • Bercerita
      • Bacaan
      • Nyanyian


        PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID

        Contoh Hasil Kerja yang boleh diperhati dan dinilai:
        Lukisan
        Tulisan
        Buku skrap
        Kraf tangan
        Buku kecil
        Model









      MEREKOD

      Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secata bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.

      Kaedah mengumpul dan merekod maklumat melalui:
      • Senarai Semak;
      • Catatan Anekdot;
      • Rekod Berterusan



        Penyediaan Senarai Semak



        • Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat
        • Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas
        • Digunakan untuk melihat/menilai t/laku mudah dalam konteks semula jadi
        • Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak
        • Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan
        perkembangan tingkah laku yang ingin diperhati
        • Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada satu atau dua pemerhatian
        • Boleh ditanda semasa atau selepas membuat pemerhatian
        • Dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali supaya lebih tepat & tekal.


          Rekod Anekdot



          Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.
          Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.
          Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.
          Rekod anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.


          Langkah Penyediaan Rekod Anekdot

          -   Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. 
          -   Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid. 
          -   Menuliskan selepas peristiwa itu. 
          -   Tulis apa yang dilihat secara objektif. 
          -    Perkara-perkara yang direkod dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kejayaan-kejayaan.





          Panduan Merekod Secara Anekdot




          • Buat catatan bagi memastikan insiden yang direkod tidak tercicir.
          • Pastikan nama, tarikh. Masa dan suasana dicatat dalam buku nota.
          • Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian.
          • Catatkan tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.
          • Masukkan respon orang lain sekiranya berkaitan.
          • Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.





          Rekod Berterusan


          Rekod Berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa.
          Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian.
          Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh
          3 – 5 minit.



          Panduan Menyediakan Rekod Berterusan

          Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.  
          Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid yang difokus satu persatu.
          Rekod hendaklah tepat dan padat.Jelaskan bagaimana  setiap aksi itu berlaku. Rekod hanya perkara-perkara yang sebenar berlaku dan gunakan satu ayat untuk menerangkan setiap aksi.
          Guna bahasa yang boleh difahami.
          Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa.
          Tentukan masa.
          Mesti tulus dan iklas
          Guna singkatan semasa merekod


          Panduan Menulis Rekod Berterusan

          Buat pemerhatian selama 10 minit atau kurang.
           Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin 
              diperhatikan.
           Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan ‘judgmental’.
           Fokus terhad kepada murid yang ingin diperhati.
           Tulis dengan lebih terperinci selepas pemerhatian.
           Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak 
              di tempat yang strategik dan sulit.





          MENYIMPAN MAKLUMAT

          Segala Maklumat Yang Diperolehi Daripada Pemerhatian Yang Sistematik Direkod Dalam Portfolio


          • Portfolio bukannya kaedah penilaian tetapi satu cara mengumpul dan menyusun maklumat daripada pelbagai sumber.
          • Satu himpunan bukti atau keterangan yang terkumpul berkenaan perkembangan dan kemajuan murid dalam masa ditetapkan.
          • Menyediakan asas untuk penilaian dan panduan untuk pembelajaran dan perkembangan selanjutnya.
          • Secara fizikal, ia merupakan satu fail, kotak atau disket yang menyimpan bukti dan maklumat murid.
          • Maklumat yang disimpan dalam portfolio :-

          1. Rekod Peribadi Kanak-kanak
          2. Rekod Kemajuan dan Perkembangan Kanak-kanak




            1. Rekod Peribadi Murid
            • Rekod Peribadi diserahkan kepada guru Tahun 1 apabila kanak-kanak
            masuk ke sekolah formal. Rekod Peribadai mengandungi perkara berikut :-

            a) Maklumat diri kanak-kanak
            b) Maklumat keluarga kanak-kanak
            c) Maklumat kesihatan kanak-kanak
            d) Maklumat fizikal kanak-kanak

            2.      Rekod Perkembangan dan Kemajuan Kanak-kanak.
            • Ia merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri kanak-kanak dari segi :-
                1. Kemahiran
                2. Komunikasi
                3. Sikap
                4. Kreativiti
            • Merupakan ulasan guru mengenai perkembangan diri murid dari segi:
            a) Pengetahuan
            b) Kemahiran
            c) Komunikasi
            d) Sikap



            1. Contoh Hasil Kerja Kanak-kanak
              • Hasil kerja murid yang terpilih sahaja dimasukkan ke dalam portfolio. Pemilihan dibuat bersama guru dan murid. Hasil kerja itu termasuklah:
            a) lukisan;
            b) sample tulisan;
            c) gambar foto;
            d) binaan yang sudah disempurnakan;
            e) cerita yang ditulis;
            f) buku skrap.



            MENGANALISIS MAKLUMAT


            Segala maklumat yang direkodkan perlu ditafsirkan untuk membolehkan guru membuat inferen dan rumusan mengenai murid berdasarkan penilaian dan pemerhatian yang dilakukan.

            Analisis dibuat dengan cara :-
            • Membaca dengan teliti maklumat yang diperolehi dalam senarai semak/ rekod berterusam/ rekod anekdot.
            • Membuat inferen iaitu kenyataan yang benar hasil dari tingkah laku dan perbualan/ interaksi yang diperhatikan serta penilaian hasil kerja.
            • Pemerhatian, merekod dan mentafsir dengan teliti dan dibuat secara objektif akan membantu guru mengenai dan memahami murid.


              Cara Menganalisis Maklumat


              Contoh :-

              Salmah menangis keranan lukisannya tidak siap. Cikgu Rohani memujuk dan memberikan kertas lukisan dan beberapa batang pensel warna. Salmah melukis sekuntuk bunga dan mewarnakan bunga tersebut. Latifah datang.

              Latifah : Nak pinjam warna merah sekejap!

              Salmah : Tak boleh (dia memegang pensel warna kuat-kuat).

              Latifah : Sekejap saja.

              Salmah : Tak boleh! Tak boleh ! (dia meneruskan kerjanya)


              Inferen yang boleh dibuat :-

              Inferen 1 : Salmah seorang kanak-kanak yang tidak pandai berkongsi.

              Inferen 2 : Salmah tidak mahu meminjamkan pensel warna sebab
              kerejanya belum selesai.

              Secara objektif, inferen ke 2 lebih sah dan diterima. Seterusnya, guru membat rumusan daripada beberapa bukti yang telah diperhatikan.


              MELAPOR

              • Pelaporan ialah proses menyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapian murid.
              • Maklumat untuk pelaporan diperolehi dari rekod penilaian.

              • Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.



                TINDAKAN SUSULAN


                • Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan setelah dikenal pasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. 
                • Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terus terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula.
                • Aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. 
                • Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar setelah aktiviti, kemahiran atau aspek yang sepatutnya dipelajari telah dikuasai atau disiapkan.
                • Tindakan susulan boleh dijalankan secara serta merta atau dirancang.